BERITA Patrick Teoh didakwa di mahkamah kerana menghina TMJ

[Video] Patrick Teoh didakwa di mahkamah kerana menghina TMJ

-

JOHOR BAHRU: Selebriti dan deejay radio, Patrick Teoh, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komen jelik di laman sosial terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan institusi diraja Johor, Mei lalu.

Tertuduh, Teoh Kang Yong, 73, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Mengikut pertuduhan, Teoh didakwa menggunakan laman sosial Facebook Page ‘Patrick Teoh’ secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen jelik sifatnya iaitu ‘Can anyone work out what this prince fler is trying to achieve with his video? If your initial reaction to watching is it What The F*CK!!! You are spot on. Niamah’ dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Subseksyen 233(3) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Hakim kemudiannya menetapkan 20 Julai depan bagi serahan dokumen, selain menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Syafiq Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam Wong Hong Yi dan M Puravalen.

Terdahulu, Teoh, 73, ditahan polis di Petaling Jaya, Selangor pada 9 Mei lalu atas tuduhan menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan institusi diraja Johor, sebelum keterangannya diambil.

Beliau kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan direman lima hari mulai 10 Mei lalu sebelum dilepaskan dengan jaminan polis.

Berita terkini

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...