BERITA Pengedar dadah lolos pemeriksaan polis diburu

[Video] Pengedar dadah lolos pemeriksaan polis diburu

-

BUKIT MERTAJAM: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang meloloskan diri ketika pemeriksaan dilakukan ke atas kenderaan dinaikinya bersama rakannya dalam kejadian di kawasan Lunas, Kedah pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata suspek berusia 20 tahun itu sudah dikenalpasti dan usaha memburunya giat dijalankan.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, polis yang sedang membuat rondaan Ops COVID-19 dengan kenderaan peronda (MPV) di Sungai Lembu, Machang Bubok, di sini menemui sebuah kereta dipandu seorang lelaki bersama rakannya yang didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan berada dalam keadaan mencurigakan.

Berikutan itu, pemandu diarahkan memberhentikan kenderaannya untuk pemeriksaan namun dia bertindak memecut laju kenderaannya hingga memasuki daerah Kulim dengan jarak sejauh 20 kilometer.

Anggota polis itu kemudian menghubungi pasukan peronda polis yang lain termasuk di daerah Kulim bagi membantu menahan kenderaan dinaiki suspek.

Shafee berkata, lima MPV polis membantu mengejar kereta suspek sehingga ke Lunas sebelum kenderaan itu masuk ke lorong sebuah rumah ibadat dan terbabas.

“Mereka berdua kemudiannya bertindak keluar dari kereta dan melarikan diri ke arah belakang rumah ibadat terbabit namun polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 25 tahun manakala rakannya meloloskan diri.

“Hasil pemeriksaan di dalam kereta dinaiki suspek menemui lima paket dadah jenis syabu seberat 250 gram, 19 biji pil eramin 5 dan 15 biji pil WY yang kesemuanya bernilai RM12,000 serta alat penimbang dan alamat menghisap dadah,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki yang ditahan bersama rakannya dalam perjalanan untuk menghantar bekalan dadah kepada pembeli ketika polis meminta mereka memberhentikan kenderaan untuk diperiksa.

“Identiti lelaki yang meloloskan diri sudah dikenalpasti dan usaha mengesannya sedang dijalankan.

“Rakannya kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. BH Online

Berita terkini

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Banjir teruk landa beberapa negara Asia

HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda selatan India. Di Hyderabad, sembilan orang terbunuh selepas...

Datuk Seri berjaya lari dibantu dua pengawal peribadi

Bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam didapati dibantu dua pengawal peribadi ketika...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...