BERITA Pesawat pejuang Hawk milik TNI terhempas di Riau

[Video] Pesawat pejuang Hawk milik TNI terhempas di Riau

-

SEBUAH pesawat pejuang jenis Hawk 209 milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) terhempas di kawasan perumahan di Riau, pagi Isnin.

Jurucakap TNI Marshal Pertama Fajar Adriyanto berkata, pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Rusmin Nuryadin di bandar Pekanbaru, sebelum terhempas kira-kira 5 kilometer (km) di Kubang Jaya.

Memetik laporan tempatan, juruterbang pesawat yang dikenali sebagai Apriyanto Ismail sempat keluar menggunakan kerusi lenting dan terselamat dalam kemalangan itu.

Dia dibawa ke Hospital Angkatan Udara Dr Soekirman di Pekanbaru.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.13 pagi waktu tempatan itu mengakibatkan beberapa buah rumah rosak teruk.

Dalam kenyataan kepada The Jakarta Post, Angkatan Udara Indonesia berkata: “Kami masih menyelidiki penyebab kemalangan dan jumlah korban.” – Express.co.uk

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...