BERITA Polis buat serbuan ke premis judi di Sungai...

[Video] Polis buat serbuan ke premis judi di Sungai Buluh

-

Tengok keadaan premis yang diserbu dah nampak lain macam. Logiknya lepas isu ditularkan oleh Abang Burger, sudah pasti taukeh-taukeh kedai judi dapat arahan dan juga maklumat supaya kosongkan premisnya.

Mereka sudah pasti ada maklumat dan terus menutup premis supaya apa yang telah didedahkan oleh Abang Burger sah jadi fitnah semata-mata. Malah beliau pasti akan didakwa kerana membuat tohmahan tidak berasas. Polis juga mendakwa ada premis yang sudah beberapa kali diserbu. Ini bermakna lepas diserbu, operasi berjalan semula.

Lama tidak beroperasi tapi baru dua minggu lepas diserbu. Tengok keadaan premis dengan kedudukan kerusi meja, lampu serta alat penghawa dingin nampak lain macam.

Cuba tengok bil letrik premis, baru boleh tahu ia beroperasi atau tidak.

Polis tahu kedai yang diserbu buka tutup buka tutup, maknanya betullah kata Abang Burger, operasi dijalankan bila line sudah ‘clear’.

Bukankah begitu?

Inilah yang menimbulkan persoalan rakyat sejak isu tersebut diviralkan di media sosial.

Polis separutnya beri ruang untuk.menyiasat dalam keadaan tidak dihebohkan. Mana mungkin taukeh premis nak tunggu polis membuat serbuan. Sudah pasti mereka dah cabut awal-awal lagi.

Media laporkan ketika serbuah dibuat semuanya ‘clear’ dan pasti Abang Burger akan dituduh buat fitnah.

Sama kes saya bongkar premis warga asing di Kuantan baru-baru ini. PBT turun padang nak buat siasatan. Tetapi awal-awal lagi ‘owner’ penama kedai sudah maklum operasi. Mereka datang ke premis dan mengaku lesen atas namanya. Akhirnya saya dituduh fitnah dan tohmah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Mudahkan taktik pihak terbabit mengaburi mata rakyat.

Tetapi rakyat lebih mengetahui apa yang terjadi belakang tabir. Rakyat adalah hakim negara. Rakyat tidak percaya dengan pihak yang ada kepentingan dan bersekongkol dengan penyelewengan.

Sampai bila rakyat harus dipermainkan dengan operasi CHIPSMORE. Ada operasi tutup, habis operasi buka semula macam biasa. Inilah yg berlaku di mana-mana sejak sekian lamanya.

Harap Abang Burger terus lawan dengan mpertahankan hak rakyat dalam.negara ini.

#SupportAbangBurger #Justice4AsriJanggut

MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=155726229500216&id=106205744452265

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...