GAYA HIDUP Sanggup bermalam atas pokok, nyaris disengat tebuan demi...

[Video] Sanggup bermalam atas pokok, nyaris disengat tebuan demi akses Internet untuk jawab peperiksaan

-

KITA yang tinggal di bandar cukup bertuah kerana mempunyai akses kepada Internet dengan mudah tapi berbeza bagi penduduk di kawasan pedalaman.

Seperti seorang pelajar di Sabah yang terpaksa bermalam di atas pokok dan nyaris disengat tebuan gara-gara mahu menjawab peperiksaan atas talian.

Veveonah Mosibin, 18, yang juga pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkongsi video di saluran YouTube miliknya mengenai perkara dilakukannya sebelum dia dapat menduduki peperiksaan secara atas talian.

Dalam video tersebut, Veveonah dilihat memanjat bukit dan membina pondok buluh untuk digunakannya semasa menduduki peperiksaan itu.

Malangnya pondok tersebut rosak akibat hujan lebat.

Dalam video berasingan yang mendapat lebih 110,000 tontonan, Veveonah berkongsi bagaimana dia terpaksa memilih untuk bermalam di atas sebatang pokok langsat.

“Belajar di luar kampus akibat perintah kawalan pergerakan (PKP), akses kepada Internet bukan sesuatu yang tersedia,” kata pelajar kelahiran Pitas itu.

Di Kg Sabanalang Pitas yang terletak 200 kilometer dari Kota Kinbalu, Veveonah berkata seseorang dianggap bertuah jika mendapat akses kepada Internet.

“Saya OK apabila perlu mengikuti kelas secara atas talian dan melayari Internet tetapi untuk peperiksaan saya memerlukan akses Internet yang kuat tanpa sebarang gangguan.

“Itulah sebabnya saya memilih mendaki bukit untuk belajar dan kemudian, mencabar diri saya untuk tidur di atas pokok selama 24 jam demi peperiksaan saya,” katanya.

Dibekalkan dengan tiga bungkus nasi dikenali sebagai linopod, sebotol air, beberapa alat tulis dan kelambu, anak bongsu lima beradik itu keluar menyahut cabaran tersebut.

Dia bermula dengan subjek Kimia pada waktu pagi dan kemudian Pengajian Malaysia di sebelah petang.

Semuanya berjalan dengan baik kecuali apabila tebuan tiba-tiba masuk ke dalam kelambunya.

Namun dia berjaya menghalau tebuan itu tanpa disengat dan kembali meneruskan tugasannya.

Selepas menghabiskan masa sepanjang malam, Veveonah pulang ke rumahnya.

Kepulangan gadis itu disambut dengan bebelan ibunya yang bimbang mengenai keselamatannya.

“Namun saya beritahu dia saya akan bermalam di atas pokok, tetapi semuanya OK sekarang kerana dia tahu saya boleh menjaga diri sendiri,” katanya. – The Star

Berita terkini

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Banjir teruk landa beberapa negara Asia

HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda selatan India. Di Hyderabad, sembilan orang terbunuh selepas...

Datuk Seri berjaya lari dibantu dua pengawal peribadi

Bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam didapati dibantu dua pengawal peribadi ketika...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...