BERITA Tiger Snook ditahan lagi cetus pergaduhan

[Video] Tiger Snook ditahan lagi cetus pergaduhan

-

Bekas orang kanan sebuah kumpulan kongsi gelap ‘Double Seven’ (77) Klang, dikenali sebagai ‘Tiger Snook’, ditahan polis di Keramat Wangsa, petang semalam.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang, Tiger Snook dan lima rakannya dilaporkan datang ke Jalan 25/56 Keramat Wangsa, untuk memantau kerja pemasangan paip gentian (fibre optik) sebuah syarikat telekomunikasi.

Katanya, berdasarkan maklumat, Tiger Snook ditugaskan memantau sebarang situasi di lokasi kerja pemasangan itu selepas diberikan tanggungjawab sebagai penyelia keselamatan.

“Bagaimanapun berlaku kekecohan apabila salah seorang rakannya mencederakan seorang daripada kumpulan peniaga kedai makanan yang hendak berunding mengenai pemasangan paip gentian berkenaan.

“Akibat daripada itu beberapa penduduk dan peniaga berhampiran memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis,” katanya kepada BH.

Susulan daripada maklumat berkenaan, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, diketuai Pegawai Risikan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah, Inspektor Abdul Hafiz Ab Hakim, bergegas ke lokasi dan memberkas kesemua suspek terbabit.

Sumber berkata, tiga lagi individu yang ditahan dipercayai adalah terdiri daripada kumpulan peniaga bagi membantu siasatan.

Katanya lagi, siasatan mendapati pergaduhan bukan membabitkan perbalahan antara kongsi gelap sebaliknya berkaitan cuba melakukan rusuhan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Video dan gambar insiden pergaduhan kejadian berkenaan tular dalam laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp sejak semalam.

Tiger Snook, 42, kali terakhir ditahan polis adalah pada 2 September 2016, selepas dikesan terbabit dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di daerah Dang Wangi, pada malam 31 Ogos tahun yang sama.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...