NEGARAKU AM Van alun dikir barat ajak warga Kelantan duduk...

[Video] Van alun dikir barat ajak warga Kelantan duduk rumah

-

Bagi memastikan rakyat khususnya masyarakat negeri Kelantan memahami Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Jabatan Penerangan Kelantan memperkenalkan sebuah lagu berkonsepkan Dikir Barat bagi tujuan itu.

Pengarahnya, Lim Ann Teck berkata lagu bertajuk “Duduk Di Rumah” itu mula diperdengarkan melalui Facebook jabatan itu sejak dua hari lepas.

“Lagu itu didendangkan oleh dua penyanyi terkenal dikir barat di Kelantan iaitu Fendi Kenali dan Raden Mas Uji dan ia hasil ciptaan kedua-dua mereka.

“Liriknya adalah melalui kerjasama jabatan ini dengan mereka dan lagu itu telah mula diperdengarkan juga menerusi pembesar suara van bergerak di seluruh negeri,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Lim berkata lagu itu akan turut diperdengarkan menerusi KELANTANfm tidak lama lagi agar semua masyarakat negeri ini dapat menghayati lirik lagu berkenaan.

“Lagu ini diharapkan dapat mendidik masyarakat mengenai wabak Covid-19 dan kita telah menerima maklum balas yang sangat baik daripada masyarakat termasuk di pedalaman,” katanya.

Sepanjang Ramadan ini, Jabatan Penerangan Kelantan turut memperkenalkan “Tazkirah On Wheels” iaitu penerangan agama oleh penceramah yang disiarkan melalui van bergerak dan laman sosial jabatan itu.

Sementara itu, Lim melahirkan rasa kecewa dengan sikap masyarakat yang mula mengabaikan penjarakan sosial terutama di pasar-pasar awam apabila mengetahui wabak Covid-19 di Kelantan kini semakin baik.

“Ini yang semakin kita khuatir dan kita telah memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai keadaan itu. Kita mahu masyarakat mematuhi arahan mengenai PKP dan sebagainya bagi membendung wabak ini,” katanya. — Bernama

Berita terkini

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Banjir teruk landa beberapa negara Asia

HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda selatan India. Di Hyderabad, sembilan orang terbunuh selepas...

Datuk Seri berjaya lari dibantu dua pengawal peribadi

Bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam didapati dibantu dua pengawal peribadi ketika...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...