BERITA Wanita maut, suami anak selamat dalam nahas

Wanita maut, suami anak selamat dalam nahas

-

Seorang wanita maut selepas kereta dinaiki bersama suami dan anak terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di bulatan Kepong, di sini, tengah malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 12.41 tengah malam.

Bilik gerakan polis pula menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.20 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata dalam insiden berkenaan, mangsa dikenali sebagai Haslina Ibrahim, 49, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta jenis Perodua Axia dinaiki mangsa menghala ke bulatan Kepong dari pusat bandar.

“Manakala, kereta Toyota Wellfire dari Jalan Kepong menghala ke tempat kejadian dipercayai hilang kawalan lalu melanggar bahagian sisi kiri kereta mangsa.

“Impak daripada pertembungan itu mengakibatkan kedua-dua kenderaan berkenaan terbabas. Haslina yang tersepit dalam kereta itu disahkan maut di lokasi kejadian.

“Pemandu yang juga suami mangsa, 49, dan seorang anak mereka, 17, dilaporkan cedera dalam kemalangan itu.

“Toyota Vellfire pula dinaiki empat lelaki berusia antara 20 hingga 24 tahun yang turut terkesan dengan impak kemalangan itu.

“Kesemua mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan susulan, manakala mayat mangsa ditempatkan di Unit Forensik HKL untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkefly berkata, pemeriksaan lanjut mendapati tiada bau alkohol dikesan pada pemandu Toyota Vellfire, namun sampel darah dan air kencing diambil untuk analisis jabatan kimia.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Susulan itu, 19 anggota menaiki empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, BBP Sentul dan BBP Gombak dikerahkan ke lokasi kejadian.

Setibanya jentera bomba di lokasi kejadian, didapati Toyota Vellfire yang dinaiki empat lelaki terjunam ke dalam Sungai Batu, berdekatan bulatan Kepong.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...