BERITA Warga China ditahan cuba rasuah PGA

Warga China ditahan cuba rasuah PGA

-

LELAKI warga China ditahan selepas cuba merasuah anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang menahannya ketika cuba memasuki negara ini secara haram di sempadan Malaysia-Thailand berdekatan Padang Besar, Rabu lalu.

Komander PGA Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji, berkata dalam kejadian 3.30 petang itu, lelaki berusia lingkungan 40-an itu cuba menyogok wang RM12,869 dan dua jam tangan mewah bernilai RM3,500 kepada anggotanya.

Katanya, tindakan itu dilakukan supaya anggota PGA membebaskannya selepas ditahan kerana memasuki negara ini tanpa melalui kawalan Pos Imigresen yang sah.

“Lelaki itu cuba memberi tawaran sogokan berulang kali walaupun sudah diberi amaran supaya berhenti daripada melakukannya.

“Namun, dia tidak mengendahkannya dan berterusan cuba menawarkan sogokan malah bersedia menambahkan jumlahnya, susulan itu pihak kami menahannya untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Ghani berkata, hasil pemeriksaan menemui dua pasport China bukan milik suspek dan 50 keping wang tunai Amerika Syarikat (AS) bernilai RM12,869 serta dua jam tangan.

“Jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM16,367 dan kes diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut mengikut Sekysn 17 (B) Akta SPRM 2009,” katanya.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata, dalam penugasan Op Benteng bermula kelmarin, pihaknya merampas 1.6 tan daun ketum bernilai RM49,200.

Katanya, turut dirampas tiga motosikal dan tiga kereta dianggarkan bernilai lebih RM82,500, manakala dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Racun 1952.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...