POLITIK Yakin menang PRN Sabah, Bersatu mahu tanding 45 kerusi...

Yakin menang PRN Sabah, Bersatu mahu tanding 45 kerusi DUN

-

KOTA KINABALU — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah bersedia untuk bertanding di 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata Ketua Badan Pimpinan Negerinya Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, Bersatu Sabah akan mengemukakan calon berwibawa, berkredibiliti dan boleh menang bagi memenangi kerusi yang bakal ditandingi pada PRN itu.

“Kita sudah bersiap sedia dan telah mengenal pasti 45 kawasan DUN yang akan ditandingi oleh calon Bersatu.

“Bersatu Sabah akan mengadakan mesyuarat minggu depan bagi memperhalusi persiapan jentera pilihan raya parti di setiap kawasan DUN Sabah,” katanya,dalam kenyataan, di sini semalam

Hajiji juga berkata Bersatu Sabah bersedia berbincang dengan parti Perikatan Nasional (PN), Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN Sabah demi mengumpul kekuatan untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, Bersatu Sabah akan menawarkan manifesto dan hala tuju terbaik untuk rakyat di Sabah yang antara lain memberi fokus kepada membangun semula ekonomi negeri setelah krisis dan pandemik Covid-19.

Menurutnya, aspek lain yang akan menjadi keutamaan perjuangan Bersatu Sabah ialah memastikan hak dan kepentingan rakyat dan negeri Sabah terus dipertahankan.

Katanya, aspek keselamatan, pendidikan, sosio ekonomi, kesejahteraan rakyat dan negeri Sabah, selain perpaduan kaum juga merupakan keutamaan perjuangan parti itu.

“Kita akan pastikan rakyat di Sabah yang menetap di negeri ini berasa selamat, tenteram, selesa, muhibbah dan sejahtera.

“Kita yakin, Bersatu akan menjadi alternatif terbaik dan diterima oleh sebilangan besar rakyat untuk menerajui negeri Sabah,” tegasnya.

Hajiji berkata, Bersatu Sabah akan melancarkan manifesto pilihan raya sebelum tarikh penamaan calon.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah mengumumkan sebanyak 73 kerusi DUN akan dipertandingkan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, sebanyak 60 kerusi DUN dipertandingkan namun pada Julai tahun lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul tambahan 13 kerusi DUN Sabah. — Bernama

Berita terkini

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

ADUN Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19. Menerusi hantaran di akaun...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil dilayangkan 'kad merah' dan empat...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...